Jumaat, 21 Ogos 2009

Mari minum sini.. nanti masuk syurga.. (bleh buat iklan macam tu?)

Paktam rasa serabut perut Paktam bila lihat macam2 perkara yang melanda umat Islam di negara ini. Sampai kelura bermacam2 cerita.. lagi2 dekat2 pilihanraya N11 di Permatang pasir. Ingatkan nak dekat bulan puasa lagi 'slow'.. tapi tengok2 lagi laju.. laju dok mengata kat orang..

Macam2 fesyen, ada yang kata dia nie tak masuk syurga lah.. ada yang kata dia nie saou duit orang lah.. macam2.. sampai senak perut Paktam melihat..

Pastu plak ada dengar yang kerajaan nak melakukan perubahan kepada ISA dengan menggantikan dengan ALK (Akta Lucut Kerakyatan). Kalau jadi memang Paktam buat kenduri kat warung ni. Paktam nak belanja air sarbat kat pelanggan Paktam yang datan ke sini...

Harap2 ALK ni menjadi kenyataan bilamana kita lihat makin ramai yang kurang hajar dengan ISLAM dan Raja kita....

Khamis, 13 Ogos 2009

Kaulah Segalanya Untukku.....


Air dicincang tidak akan putus. Cakaplah apa yang korang nak cakap, kalau dah saudara sedarah sedaging maka gaduh2 pun akhirnya bebaik juga.

Lakonan tu adalah untuk mengabui mata orang ramai yang kununnya PAS adalah parti yang memperjuangkan Isle.

Namun DAP adalah 'kiblat' mereka. Pusing2 kat mana pun akan hala ke situ juga. Jadi pandai - pandailah kita menilainya yang mana permata dan yang mana kaca..

Teh tarik satu siaaaaaaaappppppp!!!

Respons Yang Diduga.

Macam yang Paktam katakan sebelum ini. Bila kita memberi respons yang kurang ajar baru ada yang nak respons.. tak caya klik sini..

Rabu, 12 Ogos 2009

Semangat Orang Muda

Semenjak dua menjak ni Paktam perasan yang macam ada satu gelombang kebangkitan di dalam golongan muda Melayu yang sudah jemu dan muak bilamana bangsa Melayu diperlekehkan dan dihina.

Penghinaan yang Paktam lihat sudah mencapai tahap kurang hajar ini sepatutnya ditentang dan dihentikan. Jangan lagi dibiarkan kita diperlekehkan.

Namun ada dua pilihan untuk kita menentang perkara kurang ajar itu, samada dengan cara berhemah ataupun dengan cara kurang ajar juga. Dua2 pendekatan itu ada kebaikan dan ada keburukan.

kalau berhemah, orang tak begitu mau ambil pusing, lambat dapat respons dan tak popular. Tapi kalau dibalas dengan cara kurang ajar, popular dan banyak juga kesan2 negatif seperti reaksi balas yang cepat dan kurang ajar. Namun cara ini pasti akan memberi impak yang cukup besar dalam menyatakan sesuatu.

Paktam harapkan pandai-pandailah bawa diri. Ikut sunnah nabi bila ingin menegur dan menasihati, kalau sampai 3 kali tak makan saman, tentanglah ia dengan tenaga yang kita ada..

Selasa, 11 Ogos 2009

Melayu - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "



NUKILAN
Usman Awang

Bila Islam Dicemuh..

Paktam sedih juga bila mana Paktam dapat tahu ada juga manusia yang bergelar yang berhormat telah mencemuh dan menghina Islam dengan menggunakan kata2 yang paktam rasa cukup kesat.

Perkara ini telah menimbulkan keributan samada dalam blog atau pun di luar. Namun kelewatan kerajaan dalam mengarahkan agar siasatan dibuat amat mendukacitakan.. kenapa yer? Adakah perkara ini adalah perkara kecil sahaja?

Bagi Paktam, segala yang berlaku adalah disebabkan oleh diri kita sendiri. Kita semua umat Islam apabila sudah tiada lagi sifat seorang mukmin dalam diri kita lagi. Apabila kita tidak lagi bersa takut apabila kita mendengar nama Allah disebut. Apabila ayat Allah hanya sebagai lagu dan nyanyian merdu yang kita tak faham maksudnya.

Jadi bagaimana Allah nak timbulkan rasa gerun dalam hati golongan kafir terhadap umat Islam sedangkan kitapun tak pernah gerun dengan Allah. HukumNya kita langgar jer..

Jadi janganlah kita terpekik terlolong macam orang masuk hantu bila Islam di hina.. KITA SEBENARNYA TELAH LAMA MENGHINA ALLAH DAN AGAMA SUCI ISLAM INI!!

Insaflah dan bersatulah....

Pemuda Yang Mandul

La ni banyak sangat benda yang berlaku di dalam masyarakat kita. H1N1 lah.., penjualan arak lah.., orang mati jatuh bangunan lah.., dan macam - macam respons yang Paktam baca kat blogs.

Paktam nampak ada perkembangan positif bila mana banyak blog yang menyampaikan berita yang cukup terkini. Tak dan tv nak keluar diorang dah sampaikan dah. Memang superb! Macam nak wat mi segera, cepat dan mengenyangkan.

Dalam banyak2 respons yang Paktam terima, kelihatan satu perkara yang Paktam boleh klasifikasikan sebagai Kemandulan Pemuda UMNO yang nampaknya tidak memainkan peranan yang cukup efektif sebagai tenaga penggerak dan menekan kerajaan dan pembangkang dalam sesuatu isu yang ditimbulkan.

Bukann tak mampu Paktam rasa tapi juga sebab tak mau. Bila bab arak keluar di media, yang bising dan hingar adalah nak buat demonstrasi. Itu pun nak join PAS. Cubalah buat sendiri. Baru berani. Baru orang takut. Ini, nak demo tapi dok menyorok belakang jubah PAS, apa barang.....

Bila Paktam tengok gambar ketua korang yang sedang berseronok di kelab malam bersama limpahan botol arak, baru Paktam paham. Kawan tu pun layan sama benda tuh..

Macaman korang boleh pilih dia jadi ketua?? Adakah disebabkan Blackberry yang diberi secara percuma itu dan juga duit belanja itu kamu semua telah memilih seseorang yang juga terlibat dalam perkara mungkar..

Bangunlah Pemuda, jadilah seperti harimau yang hebat mempertahankan kawasannya walau dengan nyawanya. Kalia masih lagi belum tewas.. Kepada ketua Pemuda yang korang sanjungi... Berubahlah kalau tak mahu 'di ubah'....

p/s: dengar kata kari kepala ikan boleh ubat H1N1.. betulke?

Isnin, 3 Ogos 2009

ISA punya pasal, anak masuk jel

Kelmarin masa Paktam pi berjalan - jalan kat pekan, terjumpa Paktam dengan kawan lama Paktam, muka gundah gulana nampak macam ayam berak kapur pun ada.

Paktam pun tanyalah sahabat Paktam yang juga terkenal sebagai guru silat. Rupanya kes GMI. Sahabat saya ni telah menghantar anaknya yang berumur 15 tahun untuk berdemonstrasi, alih -alih kena tangkap.

La ni sahabat saya duk pusing satu kampung naik motor, asyik teringat kat anak yang kena tahan di Kuala Lumpur. Balik rumah pula isterinya duk bising. Tension katanya.

Paktam rasa kalau nak tunjuk perasaan tu, tunjuklah perasaan kita sendiri dahla.. jangan pula nak babitkan anak2 kita yang tak tahu apa2 tentang ini.

Dahlah budak tu kena buang sekolah, rekod pula dah buruk. Boleh jadi gelap masa depan budak tu.

Rabu, 29 Julai 2009

Laaa!! Betul ker?

Pergerakan Pemuda UMNO Kedah hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penyelewengan tender balak yang didakwa membabitkan pemimpin tinggi kerajaan negeri Kedah.
Ketuanya, Badrulhisham Hashim ditemani Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Harris Che Mat membuat laporan di pejabat SPRM cawangan Kedah di Anak Bukit di sini.
“Pergerakan Pemuda UMNO membuat laporan itu setelah mendapat bukti yang semuanya diserahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan. Saya yakin SPRM akan dapat membongkar kes ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Beliau mendakwa penyelewengan itu membabitkan kepimpinan kerajaan negeri Kedah.
“Selain itu, pemberian tender balak di Lot 1771 Bukit Kachi, daerah Kubang Pasu mempunyai unsur penyelewengan,” dakwanya.


Bila Paktam baca artikel ni di Utusan Online, barulah Paktam paham kenapa bila Paktam pergi melawat anak saudara Paktam di UUM Sintok, hairan juga melihat ada kawasan bukit yang gondol. Ingatkan sebab berlakunya tanah runtuh ke. Rupanya adalah kesan pembalakan haram. Siasatlah seadilnya kerana rahmat Tuhan itu adalah hak milik semua.

Tapi yang tak bestnya bila yang buat tu dikaitkan dengan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan Islam. Betulkah? Atau sengaja Pemuda UMNO nak buruk - burukkan. Takkan PAS sanggup membelakangkan tunjang perjuangan mereka itu. Iskhh.. Macam tak percayalah Paktam.

Mungkin ini adalah konspirasi BN nak memfitnah PAS. Semua tuh BN yang kaut, pastu salahkan PAS??

Paktam kompius dan sakit kepala fikirkannya, nanti kene makan serbuk cap kaki tiga bagi lega sakit kepala.

Pasal apa jadi macam tuh?

Paktam hari ini tgk gak akhbar online, almaklumlah orang kata terkini lah, tepat lah dan macam - macam lagi. Hari ini ada cerita menarik yang Paktam tengok yang akan berlaku di Malaysia (kalau jadilah) iaitu demonstrasi jalanan.

Yang menariknya ada dua pihak. Satu yang anti sungguh dengan ISA, satu lagi yang sokong sungguh dengan ISA. Jadi dua kumpulan ini berjanji akan mengadakan perhimpunan haram dengan beridentitkan warna masing - masing sebagai tanda sokongan padu kepada pegangan masing2.

Sekali imbas macam kat belah siam pun ada. Ada geng merah dan ada geng kuning. Yang Paktam rasa kurang bestnya di Malaysia ni, kalau geng yang anti dengan ISA tu ada orang Melayu, Cina dan India. Tetapi belah satu lagi pulak orang Melayu sahaja. Kenapa ye?

Mungkin juga orang Cina dan India amat takutkan ISA. Paktam rasa ketakutan mereka berasas juga. Bagi Paktam, ISA merupakan tembok yang cukup besar yang menghalang mereka dari berkuasa secara total di Malaysia. Mereka akan dicantas hidup2 dengan menggunakan ISA. Kenapa takut kena cantas? Sebabnya hanya dengan meniupkan api perkauman sahaja yang dapat memberikan laluan politik ke tampuk pemerintahan.

Tapi Paktam pun tak berapa gemar juga dengan ISA. Banyak yang perlu diperbaiki. Bukannya tidak perlu, tapi harus diperhalusi supaya hak mereka yang ditahan di bawah akta ini dapat dipertahankan.

Cuma Paktam teringat kisah Nabi Musa a.s berguru dengan Nabi Khidir a.s bila mana Nabi Khidir membunuh seorang budak tanpa usul periksa yang Nabi Musa mengetahui selepas itu bahawa budak tersebut akan melakukan musibah kepada keluarganya.. Renung - renungkanlah dan carilah hikmah disebalik cerita ini.

Isnin, 27 Julai 2009

Jangan buat main2

Paktam hari ini ada sedikit rasa tidak senang bila mana ada segelintir pihak yang nampaknya amat gemar membuat report polis. Salah skit, report! tak kena sikit, report! Suara tinggi skit, report! Takut Paktam jadinya.

Paktam sebagai peniaga cukup berhati-hati masa nak melayan pelanggan Paktam. walaupun warung Paktam ni buruk, Paktam layan pelanggan Paktam macam hotel 5 bintang. Paktam jaga sungguh, terutamanya bab kebersihan dalam makanan. Kalau pelanggan Paktam sakit perut, habislah Paktam.

Paktam kadangkala nak tergelak juga bila trend sekarang yang terlalu kerap orang membuat report polis. Kadang kala ntah apa2 punya report diorang buat. Kesian kat konstabel yang selalu makan kat kedai Paktam ni. Mengeluh panjang dia, katanya kes jenayah yang ada pun tak sempat nak selesaikan, datang pula report2 yang remeh temeh.

Ada setengah tu kalau polis buat sesuatu yang tidak disukai oleh mereka, mengamuk sakan. Siap bawak NGO lagi nak lawan polis. Tapi bila orang buat kat kita, barulah kita nak cari polis nak mengadu.. Kasihan polis2 kat Malaysia.

Tapi Paktam harap kalau dah report tu, kenalah siasat yer encik konstabel. Nanti bertimbun pula fail atas meja.

Orang Melayu dengan Bahasa Inggeris

Hari ni Paktam buka warung lambat skit sebab pergi tengok cucu Paktam berlakon dalam pertandingan drama bahasa inggeris peringkat negeri. Paktam suka tengok drama2 ni sebab budak2 sekarang ni banyak sungguh idea bila bercakap.

Jadi bila sampai giliran cucu Paktam berlakon, maka dengan selambanya mereka bertutur dalam bahas inggeris. Seronok sangat. Walaupun tak bunyi macam mat salleh tapi budak2 ni memang ada keyakinan diri bila bercakap.

Paktam rasa memang elok kalau PPSMI ini dimansuhkan. Baik kita gunakan medium drama, nyanyian, public speaking untuk anak2 kita belajar bahasa inggeris. Baru berkesan rasanya.

Paktam teringat bila mana angkasawan kita bila pi Russia nak naik roket kene plak belajar bahasa russia bukannya BI!

Nampaknya banyak Paktam melalut ni... Paktam nak pi goreng mi kejap. Ada orang pesan.

Ahad, 26 Julai 2009

Yasmin Yang 1Malaysia

Tadi masa Paktam nak tutup kedai setelah seharian berniaga, tiba2 dalam tv buruk kat kedai Paktam ada tunjuk berita tentang pengkebumian Allahyarham Yasmin Ahmad.

Paktam dulu cuba gak nak layan citer arahan Yasmin. Tapi cerita dia ni terlalu 'open'. Penah sekali anak Paktam bawa balik vcd citer sepet, baru ja nak mula cerita, Paktam terlena. Lepas tu Paktam dah tak mahu layan cerita dia.

Tapi satu yang Paktam respect ngan Yasmin ialah dia mampu menyatukan rakyat Malaysia dalam setiap naskah yang diarahkan olehnya. Hebat!

Namun di waktu sibuk membuat urusan dunia, tiba2 tuhan panggil untuk urusan akhirat. Paktam pun rasa seram sejuk jer bila fikir yang maut boleh datang tiba2. Paktam ni suka juga marah kat orang. Kalau orang yang Paktam marah tu kadangkala Paktam 'ter' maki hamun juga. Paktam kene minta maaf kat diorang yang Paktam kata bukan - bukan. Nanti masuk neraka wooo.... Tak sempat bertaubat dan minta ampun..

okay, Paktam nak tutup kedai dulu.. esok menu spesial adalah kari kepala ikan...

Orang Cina yg Over?

Jarang orang cina datang makan kat warung ni, al maklumlah tempat kecik dan takder yamseng (haram tu). Tapi petang tadi sebelum marghrib ada orang yang datang pekena mi jawa kat warung ni muka macam cina. Rupa2nya banjar. Begitulah rakyat Malaysia. Warna kulit dan rupa tak semestinya mencerminkan bangsa. Hebat!

Tapi ada yang tak hebat bila Paktam terjumpa artikel yang ditinggalkan oleh pelanggan Paktam ni. Tentang kenyataan Ketua Wanita MCA:

"Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah."

Tepuk dahi juga Paktam. Macam ni punya orang pun ada dalam dunia ini. Sampai anak dalam kandungan pun nak dijadikan mangsa politik. Teruknya politik di Malaysia ni. Nasib baiklah Paktam tak join parti politik.

Tapi hari ke sehari Paktam tengok parti orang cina ni mcm2 isunya. MCA dengan isu sokongan yg berkurang, Jui Meng lompat. DAP dengan isu underworld nya, rasuah dan setpol yg jatuh bangunan. Macam2 lah...

Kisah Sultan dan Billboard

Tengah hari tadi datang seorang pelanggan Paktam ni.. Marah sungguh dia nampaknya. Masa Paktam nak amik order pun tak senyum. Tapi Paktam tau, lepas kena air sarbat Paktam gerenti ok punya..

Lepas 15 minit Paktam tengok dia dah cool, Paktam tegurlah dia. Rupa - rupanya, kawan kita sorang ni marah kat UMNO di Kedah. Hari tu geng UMNO asyik bantai Ustaz Azizan, kata negeri billboard lah, darul sampah lah. Sakit juga ati Paktam bila dengar diorang cerita.

Hari ni UMNO Kedah belasah Ustaz Azizan, katanya dengan selamba Ustaz Azizan letak gambar Sultan Kedah kat sebelah gambar Ustaz Azizan. Diorang tuduh Ustaz Azizan nak cuba pergunakan pengaruh istana dalam politik. Takkan letak gambar Sultan kat dalam billboard pun tak boleh?

Paktam kata kat pelanggan Paktam ni, kalau kita dah berkuasa memang macam tulah. Semua nak cari salah kita. Paktam tak berpihak mana2, maklumlah berniaga, nanti customer lari. Masa UMNO berkuasa pun PAS belasah UMNO, samalah macam sekarang.

Jadi rasa Paktam, sempat lagi Ustaz Azizan nak perbaiki kelemahan, bagilah peluang kat Ustaz Azizan tuh. Tapi Ustaz pun kena tengok orang2 kat keliling Ustaz, banyak naga dan buaya walaupun geng PAS juga. Almaklumlah, manusia.....

Selamat Datang ke warung Paktam

Warung Paktam ni kecik jer.. takda pembantu.. Paktam buat sorang2 semuanya. Amik order, masak, bancuh air, lap meja, basuh pinggan dan tutup kedai..

Warung ni kecik jer.. tapi semua orang yang nak menge-teh boleh ler datang sini.. boleh lepak2 sambil citer gossip2 panas. Paktam ni walaupun dah pencen suka juga dengar gossip panas.

Jadi Selamat Datang le yer...