Isnin, 27 Julai 2009

Jangan buat main2

Paktam hari ini ada sedikit rasa tidak senang bila mana ada segelintir pihak yang nampaknya amat gemar membuat report polis. Salah skit, report! tak kena sikit, report! Suara tinggi skit, report! Takut Paktam jadinya.

Paktam sebagai peniaga cukup berhati-hati masa nak melayan pelanggan Paktam. walaupun warung Paktam ni buruk, Paktam layan pelanggan Paktam macam hotel 5 bintang. Paktam jaga sungguh, terutamanya bab kebersihan dalam makanan. Kalau pelanggan Paktam sakit perut, habislah Paktam.

Paktam kadangkala nak tergelak juga bila trend sekarang yang terlalu kerap orang membuat report polis. Kadang kala ntah apa2 punya report diorang buat. Kesian kat konstabel yang selalu makan kat kedai Paktam ni. Mengeluh panjang dia, katanya kes jenayah yang ada pun tak sempat nak selesaikan, datang pula report2 yang remeh temeh.

Ada setengah tu kalau polis buat sesuatu yang tidak disukai oleh mereka, mengamuk sakan. Siap bawak NGO lagi nak lawan polis. Tapi bila orang buat kat kita, barulah kita nak cari polis nak mengadu.. Kasihan polis2 kat Malaysia.

Tapi Paktam harap kalau dah report tu, kenalah siasat yer encik konstabel. Nanti bertimbun pula fail atas meja.

2 ulasan:

  1. Bukan apa mengkalu berasal dari utara atau beroperasi diutara, kawan saya, moderato NOBLE nak listkan blog pak tam.

    BalasPadam
  2. Paktam duk nala.. jauh diutagha nun.. ataih dari kedah.. bawah skit dari siam :-) tau kot tang mana?? Kalau nak pelam harumanis tempat paktam banyak...

    BalasPadam