Rabu, 29 Julai 2009

Pasal apa jadi macam tuh?

Paktam hari ini tgk gak akhbar online, almaklumlah orang kata terkini lah, tepat lah dan macam - macam lagi. Hari ini ada cerita menarik yang Paktam tengok yang akan berlaku di Malaysia (kalau jadilah) iaitu demonstrasi jalanan.

Yang menariknya ada dua pihak. Satu yang anti sungguh dengan ISA, satu lagi yang sokong sungguh dengan ISA. Jadi dua kumpulan ini berjanji akan mengadakan perhimpunan haram dengan beridentitkan warna masing - masing sebagai tanda sokongan padu kepada pegangan masing2.

Sekali imbas macam kat belah siam pun ada. Ada geng merah dan ada geng kuning. Yang Paktam rasa kurang bestnya di Malaysia ni, kalau geng yang anti dengan ISA tu ada orang Melayu, Cina dan India. Tetapi belah satu lagi pulak orang Melayu sahaja. Kenapa ye?

Mungkin juga orang Cina dan India amat takutkan ISA. Paktam rasa ketakutan mereka berasas juga. Bagi Paktam, ISA merupakan tembok yang cukup besar yang menghalang mereka dari berkuasa secara total di Malaysia. Mereka akan dicantas hidup2 dengan menggunakan ISA. Kenapa takut kena cantas? Sebabnya hanya dengan meniupkan api perkauman sahaja yang dapat memberikan laluan politik ke tampuk pemerintahan.

Tapi Paktam pun tak berapa gemar juga dengan ISA. Banyak yang perlu diperbaiki. Bukannya tidak perlu, tapi harus diperhalusi supaya hak mereka yang ditahan di bawah akta ini dapat dipertahankan.

Cuma Paktam teringat kisah Nabi Musa a.s berguru dengan Nabi Khidir a.s bila mana Nabi Khidir membunuh seorang budak tanpa usul periksa yang Nabi Musa mengetahui selepas itu bahawa budak tersebut akan melakukan musibah kepada keluarganya.. Renung - renungkanlah dan carilah hikmah disebalik cerita ini.

1 ulasan:

  1. Pak Tam...

    Hat yang belah tak sokong ISA tu pasai depa payah nak buat salah nanti...depa tu geng yg suka buat huru hara, propanganda ala2 komunis, penyusupan ala2 komando Mossad & CIA...tu yg depa nak mansuh ISA sangat tu..."penyangak memang tak suka undang2 ni"...tu yg takut sangat dgn ISA tu...kalau depa takdak intention utk buat salah, pasai apa depa nak takut? kan? alaaa...puak2 cina india tu pulak...pasai depa nak cabaq "social contract" & "jus soli"...depa tu memang nak buat kacau la tu...hehehheh..

    p/s: Pak Tam...teh tarik satu...kasi kaw-kaw punya....hehehhe...

    BalasPadam