Jumaat, 21 Ogos 2009

Mari minum sini.. nanti masuk syurga.. (bleh buat iklan macam tu?)

Paktam rasa serabut perut Paktam bila lihat macam2 perkara yang melanda umat Islam di negara ini. Sampai kelura bermacam2 cerita.. lagi2 dekat2 pilihanraya N11 di Permatang pasir. Ingatkan nak dekat bulan puasa lagi 'slow'.. tapi tengok2 lagi laju.. laju dok mengata kat orang..

Macam2 fesyen, ada yang kata dia nie tak masuk syurga lah.. ada yang kata dia nie saou duit orang lah.. macam2.. sampai senak perut Paktam melihat..

Pastu plak ada dengar yang kerajaan nak melakukan perubahan kepada ISA dengan menggantikan dengan ALK (Akta Lucut Kerakyatan). Kalau jadi memang Paktam buat kenduri kat warung ni. Paktam nak belanja air sarbat kat pelanggan Paktam yang datan ke sini...

Harap2 ALK ni menjadi kenyataan bilamana kita lihat makin ramai yang kurang hajar dengan ISLAM dan Raja kita....

Khamis, 13 Ogos 2009

Kaulah Segalanya Untukku.....


Air dicincang tidak akan putus. Cakaplah apa yang korang nak cakap, kalau dah saudara sedarah sedaging maka gaduh2 pun akhirnya bebaik juga.

Lakonan tu adalah untuk mengabui mata orang ramai yang kununnya PAS adalah parti yang memperjuangkan Isle.

Namun DAP adalah 'kiblat' mereka. Pusing2 kat mana pun akan hala ke situ juga. Jadi pandai - pandailah kita menilainya yang mana permata dan yang mana kaca..

Teh tarik satu siaaaaaaaappppppp!!!

Respons Yang Diduga.

Macam yang Paktam katakan sebelum ini. Bila kita memberi respons yang kurang ajar baru ada yang nak respons.. tak caya klik sini..

Rabu, 12 Ogos 2009

Semangat Orang Muda

Semenjak dua menjak ni Paktam perasan yang macam ada satu gelombang kebangkitan di dalam golongan muda Melayu yang sudah jemu dan muak bilamana bangsa Melayu diperlekehkan dan dihina.

Penghinaan yang Paktam lihat sudah mencapai tahap kurang hajar ini sepatutnya ditentang dan dihentikan. Jangan lagi dibiarkan kita diperlekehkan.

Namun ada dua pilihan untuk kita menentang perkara kurang ajar itu, samada dengan cara berhemah ataupun dengan cara kurang ajar juga. Dua2 pendekatan itu ada kebaikan dan ada keburukan.

kalau berhemah, orang tak begitu mau ambil pusing, lambat dapat respons dan tak popular. Tapi kalau dibalas dengan cara kurang ajar, popular dan banyak juga kesan2 negatif seperti reaksi balas yang cepat dan kurang ajar. Namun cara ini pasti akan memberi impak yang cukup besar dalam menyatakan sesuatu.

Paktam harapkan pandai-pandailah bawa diri. Ikut sunnah nabi bila ingin menegur dan menasihati, kalau sampai 3 kali tak makan saman, tentanglah ia dengan tenaga yang kita ada..

Selasa, 11 Ogos 2009

Melayu - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "



NUKILAN
Usman Awang

Bila Islam Dicemuh..

Paktam sedih juga bila mana Paktam dapat tahu ada juga manusia yang bergelar yang berhormat telah mencemuh dan menghina Islam dengan menggunakan kata2 yang paktam rasa cukup kesat.

Perkara ini telah menimbulkan keributan samada dalam blog atau pun di luar. Namun kelewatan kerajaan dalam mengarahkan agar siasatan dibuat amat mendukacitakan.. kenapa yer? Adakah perkara ini adalah perkara kecil sahaja?

Bagi Paktam, segala yang berlaku adalah disebabkan oleh diri kita sendiri. Kita semua umat Islam apabila sudah tiada lagi sifat seorang mukmin dalam diri kita lagi. Apabila kita tidak lagi bersa takut apabila kita mendengar nama Allah disebut. Apabila ayat Allah hanya sebagai lagu dan nyanyian merdu yang kita tak faham maksudnya.

Jadi bagaimana Allah nak timbulkan rasa gerun dalam hati golongan kafir terhadap umat Islam sedangkan kitapun tak pernah gerun dengan Allah. HukumNya kita langgar jer..

Jadi janganlah kita terpekik terlolong macam orang masuk hantu bila Islam di hina.. KITA SEBENARNYA TELAH LAMA MENGHINA ALLAH DAN AGAMA SUCI ISLAM INI!!

Insaflah dan bersatulah....

Pemuda Yang Mandul

La ni banyak sangat benda yang berlaku di dalam masyarakat kita. H1N1 lah.., penjualan arak lah.., orang mati jatuh bangunan lah.., dan macam - macam respons yang Paktam baca kat blogs.

Paktam nampak ada perkembangan positif bila mana banyak blog yang menyampaikan berita yang cukup terkini. Tak dan tv nak keluar diorang dah sampaikan dah. Memang superb! Macam nak wat mi segera, cepat dan mengenyangkan.

Dalam banyak2 respons yang Paktam terima, kelihatan satu perkara yang Paktam boleh klasifikasikan sebagai Kemandulan Pemuda UMNO yang nampaknya tidak memainkan peranan yang cukup efektif sebagai tenaga penggerak dan menekan kerajaan dan pembangkang dalam sesuatu isu yang ditimbulkan.

Bukann tak mampu Paktam rasa tapi juga sebab tak mau. Bila bab arak keluar di media, yang bising dan hingar adalah nak buat demonstrasi. Itu pun nak join PAS. Cubalah buat sendiri. Baru berani. Baru orang takut. Ini, nak demo tapi dok menyorok belakang jubah PAS, apa barang.....

Bila Paktam tengok gambar ketua korang yang sedang berseronok di kelab malam bersama limpahan botol arak, baru Paktam paham. Kawan tu pun layan sama benda tuh..

Macaman korang boleh pilih dia jadi ketua?? Adakah disebabkan Blackberry yang diberi secara percuma itu dan juga duit belanja itu kamu semua telah memilih seseorang yang juga terlibat dalam perkara mungkar..

Bangunlah Pemuda, jadilah seperti harimau yang hebat mempertahankan kawasannya walau dengan nyawanya. Kalia masih lagi belum tewas.. Kepada ketua Pemuda yang korang sanjungi... Berubahlah kalau tak mahu 'di ubah'....

p/s: dengar kata kari kepala ikan boleh ubat H1N1.. betulke?