Rabu, 29 Julai 2009

Laaa!! Betul ker?

Pergerakan Pemuda UMNO Kedah hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penyelewengan tender balak yang didakwa membabitkan pemimpin tinggi kerajaan negeri Kedah.
Ketuanya, Badrulhisham Hashim ditemani Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Harris Che Mat membuat laporan di pejabat SPRM cawangan Kedah di Anak Bukit di sini.
“Pergerakan Pemuda UMNO membuat laporan itu setelah mendapat bukti yang semuanya diserahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan. Saya yakin SPRM akan dapat membongkar kes ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Beliau mendakwa penyelewengan itu membabitkan kepimpinan kerajaan negeri Kedah.
“Selain itu, pemberian tender balak di Lot 1771 Bukit Kachi, daerah Kubang Pasu mempunyai unsur penyelewengan,” dakwanya.


Bila Paktam baca artikel ni di Utusan Online, barulah Paktam paham kenapa bila Paktam pergi melawat anak saudara Paktam di UUM Sintok, hairan juga melihat ada kawasan bukit yang gondol. Ingatkan sebab berlakunya tanah runtuh ke. Rupanya adalah kesan pembalakan haram. Siasatlah seadilnya kerana rahmat Tuhan itu adalah hak milik semua.

Tapi yang tak bestnya bila yang buat tu dikaitkan dengan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan Islam. Betulkah? Atau sengaja Pemuda UMNO nak buruk - burukkan. Takkan PAS sanggup membelakangkan tunjang perjuangan mereka itu. Iskhh.. Macam tak percayalah Paktam.

Mungkin ini adalah konspirasi BN nak memfitnah PAS. Semua tuh BN yang kaut, pastu salahkan PAS??

Paktam kompius dan sakit kepala fikirkannya, nanti kene makan serbuk cap kaki tiga bagi lega sakit kepala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan